Sunday, 18 March 2012

The Date That Determine My Future

tak sampai lagi seminggu
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
sesungguhnya aku sedar, bahawa sebenarnya esok bukanlah noktah bagi kehidupan kita..

sesungguhnya memang kita telah merancang yang terbaik untuk diri kita..

namun jangan kita lupa, Allah juga membuat perancangan..

dan ingatlah, perancangan Allah itulah yang sebenarnya terbaik untuk diri kita.

SEANDAINYA result SPM kita esok cemerlang dan menepati target, maka segerakanlah menyebut Alhamdulillah,

janganlah terlalu riak dan takbur kerana ada dalam kalangan rakan kita yang tidak segembira kita..

cukuplah bergembira secara sederhana..

namun, SEANDAINYA result yang kita terima esok tidak seindah apa yang telah disasarkan, segerakanlah juga mengucap Alhamdulillah,

kerana itulah yang telah Allah tetapkan kepada kita, dan pastinya ada hikmah disebaliknya..

janganlah terlalu sedih dan berduka cita kerana ada juga yang senasib dengan kita..

maka, bersabarlah dan sentiasa ingatkan yang Maha Berkuasa..

kawan-kawanku yang disayangi,

izinkan aku dahulukan ucapan jutaan tahniah kepada mereka yang berjaya bergelar PERFECT SCORER..

kepada yang kurang berjaya pula, tahniah juga diucapkan kerana telah bertungkus-lumus bersama-sama

berjuang habis-habisan untuk ke tahap ini..

cukup rasanya sampai di sini,

0 comments:

Post a Comment

Rainbow Chanel